Home » Langit Terbuka » JAKIM anjur solat hajat untuk Palestin di tiga masjid utama

JAKIM anjur solat hajat untuk Palestin di tiga masjid utama

Solat hajat itu akan diadakan serentak selepas solat Maghrib esok, kata Ketua Pengarah JAKIM. - Foto PMO

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat khusus untuk Palestin di tiga masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Solat hajat itu akan diadakan serentak selepas solat Maghrib esok, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Beliau berkata, solat hajat itu sebagai menyahut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru umat Islam di negara ini menunaikan solat hajat bagi mendoakan umat Islam di Palestin.

“Jakim akan turut memanjangkan cadangan ini bagi memohon kerjasama pihak Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia untuk sama-sama menyahut saranan mengadakan solat hajat dan mendoakan Palestin menerusi masjid dan surau di seluruh negara dengan pemathan SOP sedia ada,” katanya kepada media pada 16 Mei.

Abdul Aziz turut menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk menzahirkan solidariti terhadap Palestin dan menyokong usaha yang dilakukan oleh semua dalam membantu Palestin.

Beliau berharap usaha itu sedikit sebanyak dapat meringankan kesengsaraan dan sebagai tanda sokongan moral bagi Palestin. – MalaysiaGazette

 

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *