Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk PPV UKM, Hospital Serdang

Sumbangan untuk PPV UKM, Hospital Serdang

BANGI – Program menyantuni rakyat, Musa’adah 3.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan lagi pada 14 Jun.

Dua lokasi program sumbangan kali ini ialah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Serdang.

Di PPV UKM, sebanyak 50 kotak musa’adah dan barangan makanan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada Ketua PPV UKM, Prof Ts Dr Kadir Arifin.

Selesai di UKM, sumbangan diteruskan pula di Hospital Serdang.

Sebanyak 20 kotak musa’adah dan barangan makanan disampaikan di sini yang diterima oleh Ketua Jabatan Rehabilitasi, Dr Saari Mohamad Yatim. Hadir sama ialah Ketua Unit Hal Ehwal Islam hospital ini, Ustaz Ustaz Mohamad Hafiz Bakren

Hospital Serdang turut menerima 100 naskhah buku Panduan Ibadah Pesakit , 100 naskhah Buku Hamba Terpilih, 30 set kit ibadah pesakit, 80 botol semburan wuduk dan 20 botol debu tayamum.

Turut diadakan di sini ialah perbincangan ringkas bagi menjadikan Hospital Serdang sebagai hospital mesra ibadah.

 

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *