Home » Citra Yadim » Sumbangan pek makanan untuk warga Temerloh

Sumbangan pek makanan untuk warga Temerloh

TEMERLOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah dihubungi wakil Pertubuhan Angkatan Bahaman Temerloh yang memohon sumbangan 20 pek makanan asas untuk diagihkan kepada warga setempat yang terkesan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar kawasan ini.

Atas semangat kesukarelawanan dan membantu sesama organisasi, YADIM Pahang melalui wakil Sukarelawan YADIM Temerloh, Ustaz Zarimi Abu Zih telah menyampaikan sumbangan berkenaan kepada wakil Pertubuhan Angkatan Bahaman Temerloh, Hasanal Bolkiah pada 23 Jun.

Sejurus selepas penyerahan, sumbangan diagihkan serta merta kepada mereka yang memerlukan.

Diharap semoga kerjasama antara agensi ini akan terus berkekalan demi kebaikan semua di negeri ini.

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *