Home » Citra Yadim » YADIM Maya bersama PERDA dan CIAST

YADIM Maya bersama PERDA dan CIAST

GEORGETOWN – Cakna dengan peningkatan kes kes berkaitan kesihatan mental akibat Perintah Kawalan Pergerakan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengadakan program secara dalam talian sebagai usaha membantu menangani permasalahan itu.

Ia merupakan slot YADIM Interaktif bersama kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Ceramah bertajuk “Apa Khabar Emosimu?” disampaikan oleh Pakar Perunding Kesihatan Mental Forensik, Mustaqim Asmuji pada 24 Jun.

Inisiatif YADIM ini mendapat sambutan sangat baik dan pihak PERDA juga bersetuju untuk mengatur sesi kedua bagi program ini.

Pada hari yang sama, badan dakwah ini juga mengadakan program YADIM Interaktif bersama Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST). Program disempurnakan oleh Pengarah CIAST Shah Alam,Ts. Shahlisa Cheah Shihabudin. Penceramah disampaikan oleh Ts. Sarizan Saaidon.

Ceramah di CIAST pula menyentuh tentang pembangunan insan dan kreativiti kepada para pesertanya.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *