Home » Citra Yadim » Mualaf Orang Asli, B40 DUN Sijangkang teruma sumbangan SAY Kuala Langat

Mualaf Orang Asli, B40 DUN Sijangkang teruma sumbangan SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dilanjutkan hingga 28 Jun, lebih ramai yang terkesan dan memerlukan bantuan.

Di mukim ini,  Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus mengambil tanggungjawab menyantuni mereka yang memerlukan. Program terbaharu mereka ialah pada 24 Jun dengan menyantuni mualaf Orang Asli dan golongan B40 di sini.

Program pertama menyaksikan sebanyak 10 keluarga mualaf Orang Asli di Kampung Sri Cheding di sini menerima sumbangan SAY Kuala Langat yang diwakilkan kepada pembimbing agama mualaf Orang Asli Kampung Sri Cheding, Ustaz Azhar Ahmad.

SAY Kuala Langat kemudiannya meneruskan program ke Kampung Sijangkang dan Kampung Kebun Bharu di sini dengan menyampaikan sumbangan kepada 12 keluarga B40.

Kesemuanya menerima barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin. Turut sama hadir ialah Setiausaha Kerjanya, Hanizah Sumiri.

 

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *