Home » Citra Yadim » Kit Ibadah untuk Hospital Sultanah Bahiyah

Kit Ibadah untuk Hospital Sultanah Bahiyah

ALOR SETAR – Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini menerima sumbangan Kit Ibadah daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dan rakan rakan kerjasamanya pada 6 Julai.

Antara rakan kerjasama yang terlibat ialah Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Kedah, Skuad Prihatin Kedah, Al Faizin Care serta Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang.

Selain Kit Ibadah, turut disumbangkan ialah 100 botol Debu Tayammum, 100 botol Penyembur Wuduk, 30 kotak makanan asasi, 20 kotak air mineral, 10 kotak makanan kering dan lampin pakai buang dewasa.

Sumbangan ini akan dapat membantu pesakit untuk melaksanakan ibadah, serta dimanfaatkan oleh kakitangan perubatan dan petugas hospital dari kalangan B40 serta untuk petugas Pusat Pemberian Vaksin di hospital ini.

Hadir ke program ini ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Yang Berhormat Romani Wan Salim, Timbalan Pengarah (Pengurusan) HSB, Wan Ahmad Fazli Wan Kamis, Timbalan Pengarah (Perubatan) HSB Dr. Nor Raziah Sabtu, Pengerusi PAPISMA Kedah, Dr. Ahmad Fauzey Kassim dan Pengerusi NGO Skuad Prihatin Kedah, Maazallah Muhamad.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria mewakili badan dakwah ini.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *