Home » Citra Yadim » “Terima kasihlah mari hantar jauh jauh,  menyusahkan ustaz,”

“Terima kasihlah mari hantar jauh jauh,  menyusahkan ustaz,”

TANAH MERAH – Shaiful Safari Mat Yaakob menghubungi TeleBantuan YADIM pada 6 Julai lalu mengharapkan sedikit sumbangan untuknya.

Ketika ini, dia tidak mampu bekerja akibat diserang gout.

Menambah duka keluarganya, isterinya baharu sahaja selesai menjalani pembedahan injap jantung sekaligus memerlukan penjagaan dan perhatiannya.

Sebaik mengetahui keadaan dihadapi lelaki ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan segera membuat pengesahan dan persiapan untuk membantunya.

Hari ini YADIM Kelantan berkunjung ke kediaman di Bendang Nyior di sini menghulurkan bantuan barangan keperluan harian kepadanya.

“Terima kasihlah mari hantar jauh jauh,  menyusahkan ustaz,” katanya ringkas ketika ditemui di kediamannya di sini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

Shaiful Safari kini menetap di rumah adik iparnya bersama isteri dan dua anaknya.

Beliau merupakan antara pemohon TeleBantuan YADIM yang disantuni di jajahan ini pada program penyampaian sumbangan oleh YADIM Kelantan.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *