Home » Citra Yadim » Sumbangan Makanan Asas Untuk Kampung Darat, Sungai Ular

Sumbangan Makanan Asas Untuk Kampung Darat, Sungai Ular

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 10 Julai telah menyantuni 20 penduduk Kampung Darat, Sungai Ular di sini yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Surau Pok Long Sohor, Sungai Ular.

Bantuan Kit Musa’adah YADIM berupa makanan asas antaranya beras, gula, tepung, bihun serta ayam sejuk beku dan telur sumbangan pendakwah bebas, Ustaz Yusuf Embong telah diagihkan kepada keluarga yang terjejas.

Turut serta menyampaikan sumbangan adalah Abdullah Kasim yang merupakan Bendahari Surau Pok Long Sohor mengiringi Pengarah YADIM Pahang Ustaz Hazmi Dibok.

Para penerima sumbangan sangat bersyukur dengan bantuan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada pihak YADIM dan penyumbang yang lain.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *