Home » Citra Yadim » “Makcik takdak wasap, tak gheti antaq lokasi.”

“Makcik takdak wasap, tak gheti antaq lokasi.”

SUNGAI LAYAR – Puan Rosla Abd. Hamid, 64 tahun menghubungi Telebantuan YADIM untuk mengharapkan sedikit bantuan untuknya baru baru ini.

Ibu tunggal warga emas ini mempunyai 6 orang anak. Ketika ini, dia tidak mampu bekerja lagi disebabkan factor usia selain menderita sakit di bahagian lutut.

Pada 11 Julai kakitangan  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah berkunjung ke kediamanya di Rumah Perumahan Awam  Sungai Layar di sini menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur dan pelitup muka.

“Terima kasih ya nak mai antaq (datang hantar) kat makcik, nak bagi lokasi henpon makcik tiada wasap, tak gheti antaq (hantar) lokasi, ” katanya ringkas mengakhiri perbualan.

Hari yang sama juga, YADIM Kedah menyantuni seorang lagi pemohon bantuan Telebantuan YADIM di kawasan ini.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *