Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat santuni keluarga dikuarantin akibat Covid-19

SAY Kuala Langat santuni keluarga dikuarantin akibat Covid-19

BANTING – Menjalani kuarantin akibat Covid-19 sememangnya bukan mudah, apatah lagi ia biasanya terjadi secara tiba tiba.

Peka dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 1 Ogos telah menyantuni empat keluarga yang menjalani kuarantin akibat Covid-19.

Dua keluarga masing masing di Kampung Sawah di sini dan Kampung Medan disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Pada hari yang sama, lima keluarga warga Indonesia yang terputus bekalan makanan akibat tidak dapat keluar bekerja juga menerima barangan keperluan harian daripada SAY Kuala Langat.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan dibantu oleh ahli jawatankuasanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *