Home » Citra Yadim » Banjir di YAN: YADIM Kedah segera sampai bantuan awal

Banjir di YAN: YADIM Kedah segera sampai bantuan awal

YAN- Hujan lebat yang berterusan mengakibatkan Kampung Titi Teras di sini dilanda banjir yang buruk. Malah dilaporkan seorang lelaki berusia 60 tahun telah menjadi korban bencana ini.

Prihatin dengan nasib mangsa banjir di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bertindak pantas menyampaikan bantuan awal kepada 25 keluarga di sini pada 18 Ogos.

Sebaik hujan reda sekitar jam 11 malam, YADIM Kedah dan rakan strategiknya meredah banjir menyampaikan bantuan awal berbentuk barang keperluan seperti beras, tepung, minyak masak, bihun kordial, sos, kicap dan lain lain.

Ia disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir sama membantu ialah Pengerusi Pertubuhan Al Faizin Care, Ustaz Yazid Abd Hamid ,Timbalan Pengerusi Sukarelawan YADIM Jerai, Ustaz Md Shukri Sawai dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Titi Teras, Ismail Hashim.

Selain barangan keperluan harian yang disampaikan ini, YADIM dan rakan strategiknya merancang dan bersedia menawarkan bantuan khususnya berbentuk kesukarelawanan seperti mencuci masjid dan surau, balairaya, rumah mangsa dan lain lain.

Sekiranya diperlukan, bantuan asas seperti lampin pakai buang, susu formula dan kit ibadah juga boleh disampaikan.

 

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *