Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk keluarga Allahyarham bekas siak Surau Salaiyyah, Pasar Sentul

Sumbangan untuk keluarga Allahyarham bekas siak Surau Salaiyyah, Pasar Sentul

SENTUL – Kehilangan suami tersayang akibat Covid-19 sememangnya berat untuk diterima, namun demi anak anak, kehidupan perlu diteruskan.
Itulah yang dihadapi Bibi Arifa Aziz di Taman Sentul Utama di sini.
 
Suaminya, Abd Rahman Abd Kadir meninggal dunia di Hospital Selayang pada 13 Ogos akibat dijangkiti Covid-19.
 
Beliau meninggalkan Bibi Arifa dan lima orang anak berusia 2 hingga 13 tahun.
 
Prihatin dengan situasi ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 17 Ogos telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham.
 
Sumbangan barangan basah dan kering serta pek bekalan makanan di sampaikan kepada Bibi Arifa oleh Ustaz Abu Bakar, Daie Komuniti YADIM di taman tersebut.
Allahyarham sebelum ini merupakan siak di Surau Salaiyyah, Pasar Sentul di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *