Home » Citra Yadim » 800 pek bubur Asura untuk penduduk Hulu Langat

800 pek bubur Asura untuk penduduk Hulu Langat

HULU LANGAT  – Sebanyak 800 pek bubur asyura telah diagihkan kepada penduduk daerah ini pada 30 Ogos oleh Institut Latihan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (INDAH).

Bubur asyura berkenaan telah disediakan secara gotong-royong dalam program Agihan Bubur Asyura INDAH, sebagai sebahagian pengisian program Bulan Kemenangan sempena hari kemerdekaan.

Menurut Pengarah INDAH, Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, aktiviti menyediakan bubur asyura secara gotong-royong ini turut mendapat kerjasama daripada para pegawai YADIM dan penduduk setempat.

“Alhamdulillah, antara yang menerima bubur ialah Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Madrasah Miftahul Ulum, Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi dan Kompleks Raudhoh Tahfiz al-Quran di sini sebanyak 300 pek.

“Bagi pihak YADIM, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif yang telah dilakukan  ini” katanya ketika ditemui.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *