Home » Citra Yadim » Agihan daging sumbangan YaPEIM oleh SAY di Tanjung Karang

Agihan daging sumbangan YaPEIM oleh SAY di Tanjung Karang

KUALA SELANGOR – Selepas Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, kini giliran SAY Kuala Selangor pula melaksanakan agihan daging kepada golongan yang memerlukan pada 9 September.

Seperti sebelum ini, ia merupakan sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Sebanyak 150 kilogram daging segar diagihkan kepada 150 keluarga di sekitar Parit 4 Sekinchan dan Tanjung Karang di sini. Mereka terdiri daripada keluarga Orang Kelainan Upaya, ibu tunggal dan mereka yang terkesan dengan Covid-19.

Agihan ini diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Selangor, Asmah Husin yang dibantu ahli ahli jawatankuasa pasukan tersebut.

Pegawai YaPEIM Selangor, Haji Yaacob Alias mewakili badan berkenaan dalam penyerahan ini. Hadir sama ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin.

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *