Home » Citra Yadim » Bank Islam – YADIM santuni seniman jalanan Melaka

Bank Islam – YADIM santuni seniman jalanan Melaka

AYER KEROH – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka pada 10 September telah menyampaikan sumbangan kepada seniman jalanan di negeri ini yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Seramai 11 orang menerima sumbangan yang disampaikan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan harian yang bernilai RM2,750.

Program ringkas ini dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datuk Shadan Othman, Pengurus Perbankan Pengguna Wilayah Selatan (Melaka/Negeri Sembilan) BIMB, Mohd Nazri Mohd Sharif dan Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.

Datuk Shadan mengucapkan terima kasih atas penganjuran program ini dan memberitahu pihaknya juga sedia membantu para seniman yang dalam kesempitan.

Nazri pula berkata, BIMB komited di dalam rangka kerja penyerahan sumbangan kepada yang memerlukan sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat pihaknya.

Program ini ialah sebahagian daripada kerjasama BIMB dan YADIM di seluruh negara bagi menyantuni golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Lebih banyak program sudah pun diatur bagi tujuan ini dengan pelbagai lagi golongan disasarkan.

Sebelum ini, kedua institusi ini menyantuni seramai 52  pemanduk teksi di Stesen LRT Putra Terminal Gombak pada 28 Ogos lalu.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *