Home » Citra Yadim » Taklimat Khas Kementerian Luar berkenaan Afghanistan

Taklimat Khas Kementerian Luar berkenaan Afghanistan

BANDAR BARU BANGI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Oktober telah dijemput untuk menghadiri Menghadiri Taklimat Khas Kementerian Luar berkenaan Afghanistan di Anjung Rahmat Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di sini.

Ia disampaikan oleh Penasihat Hal Ehwal Afghanistan kepada Menteri Luar Negeri, Dato’ Haji Mohd Azam Abd Rahman

Dalam taklimat ini berkaitan negara tersebut, Global Peace Malaysia telah  diberi amanah oleh Kementerian Luar untuk mempermudah cara misi kemanusiaan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia ke Afghanistan.

YADIM pula selaku penyelaras kepada NGO NGO Islam yang bersamanya sekiranya ada yang terlibat.

Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim mewakili badan dakwah ini dalam taklimat ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *