Home » Citra Yadim » Pengantin Orang Asli disantuni YADIM Melaka

Pengantin Orang Asli disantuni YADIM Melaka

ALOR GAJAH – Bergelar raja sehari sudah pasti mahu diabadikan sebagai kenangan terindah selamanya.

Bagi pasangan Mohamad Shahrill Ashraff Basrie dan Nila Jempot dari Kampung Orang Asli Bukit Payung, di sini,  busana pakaian hari bersejarah ini bernilai RM500 ditaja oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka.

Bukan itu sahaja, YADIM juga telah berbesar hati untuk menaja jamuan makan sebanyak RM1,000.

Majlis pada 28 Oktober ini berlangsung meriah dengan kehadiran penduduk kampung yang mematuhi SOP ditetapkan.

Inisiatif ini ialah antara usaha YADIM Melaka merapatkan hubungan dengan komuniti Orang Asli di negeri ini.

Pasangan raja sehari ini dinikahkan oleh Pendaftar Kanan, Penikahan, Penceramah dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, Huzailan Hamzah.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Dato’ Che Sukri Che Mat dan Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.

Semoga pasangan ini di dikurniakan keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah.

Sementara itu, pada hari yang sama di kampung ini, YADIM Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Daerah Alor Gajah telah membantu seorang saudara baharu untuk melafazkan syahadah.

Saudara Wong Cun Yong, telah berhijrah ke kampung ini untuk memulakan kehidupan berkeluarga.

Pihak YADIM berbesar hati menyumbang untuk memudahkan urusan ini.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *