Home » Citra Yadim » ‘Abam rider’ sanitasi masjid bersama YADIM Perlis

‘Abam rider’ sanitasi masjid bersama YADIM Perlis

KANGAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan program sanitasi bagi membantu memastikan kebersihan masjid dan surau di negeri ini.

Pada 6 November, program berkenaan diadakan dua lokasi iaitu di Masjid Al Raudhah dan Surau Al Barakah,  Sungai Batu Pahat di sini.

Lebih menarik, ia turut disertai dua kelab motosikal iaitu Rakan Biker Perlis dan Sahabat Motor Kapchai Perlis.

Seramai 20 ahli kelab berkenaan membantu kerja kerja sanitasi di kedua rumah ibadah berkenaan, sebelum sama sama mengagihkan sumbangan kepada 20 asnaf yang dikenalpasti memerlukan di sekitar kawasan kariah.

Program ini turut dijayakan dengan kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Al Raudhah dan Surau Al Barakah, Sukarelawan YADIM Perlis  serta Rakan Siswa YADIM Perlis.

YADIM Perlis diwakili oleh Pengarahnya, Hafsah Hussain selain disertai oleh Presiden Rakan Bikers Perlis, Che Karim Che Kassim.

Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Bulan Dakwah 2.0 YADIM Perlis.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *