Home » Citra Yadim » Konvoi Dakwah anak Muda ‘DekBan’ sempena bulan dakwah 2.0 YADIM Kedah.

Konvoi Dakwah anak Muda ‘DekBan’ sempena bulan dakwah 2.0 YADIM Kedah.

SIK – Lebih 150 peserta menyertai Konvoi Dakwah Anak Muda ‘DekBan’ anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Bukit Lada pada 12 dan 13 November sempena program Bulan Dakwah 2.0.

Konvoi yang bermula di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena dan berakhir di KEDA Resort Bendang Man Sik ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Pembangunan Insan dan Pembasmi Kemiskinan Kedah, Yang Berhormat Dato’ Ustazah Ashah Ghazali.

Konvoi bermotorsikal, tazkirah pimpinan, kuliah Maghrib, forum khas, barbeku, Nasihat Subuh, sukaneka, tarik tali dan futsal adalah sebahagian daripada aktiviti menarik yang dijalan sepanjang program ini berlangsung.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan diri golongan ‘DekBan’ atau Budak Kampung dengan program-program dakwah dan menggalakkan mereka hidup bermasyarakat.

Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara golongan belia dengan pimpinan masyarakat.

Hadir sama dalam program ini Pengarah YADIM Negeri Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Yang Berhormat Ustaz Salim Mahmood, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin, lagenda bola sepak negara, Tuan Haji Radhi Mat Din dan beberapa pimpinan komuniti setempat.

Dato’ Ustazah Ashah Ghazali juga sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan pertandingan dalam majlis perasmian penutup program dakwah ini.

 

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *