Home » Citra Yadim » Street Dakwah YADIM Kedah di Pantai Merdeka

Street Dakwah YADIM Kedah di Pantai Merdeka

Pantai Merdeka – Kehadiran pengunjung yang ramai pada cuti hujung minggu telah dimanfaatkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah untuk menjalankan program Street Dakwah sempena bulan dakwah 2.0.

Program yang bermula jam 3 petang dan berakhir pada 10 malam pada 20 November ini, dianjurkan dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan (NGO) Belia Sejahtera Sungai Petani, Santai Anak Utara(SAU), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Kedah dan Sahara.

Turut menjalinkan kerjasama ialah Jalinan Mahasiswa Pendang, Sinergi Mahasiswa Padang Serai, Persatuan Mahasiswa Islam Padang Terap, Sinergi Mahasiswa Parlimen Pokok Sena.

Antara pengisian menarik yang dijalankan ialah edaran risalah dakwah kepada pengunjung, pemberian hadiah kepada kanak-kanak, sesi dialog santai, barbeku, solat Asar, Maghrib dan Isyak  berjemaah di dataran pantai dan tazkirah di padang.

Hadir sebagai perasmi dan penyampai tazkirah ialah Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Turut hadir ialah pimpinan setiap NGO dan rakan-rakan strategik.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *