Home » Citra Yadim » Majlis Penutup Kursus Imam Muda  Orang Asli

Majlis Penutup Kursus Imam Muda  Orang Asli

SEMUNGKIS – Selepas empat hari berkampung di sini, seramai 39 peserta daripada kalangan Orang Asli berjaya menamatkan kursus Imam Muda Orang Asli pada 24 November.

Program ini mempunyai matlamat untuk melatih bakal-bakal imam muda dikalangan Orang Asli agar mampu menjadi imam solat berjemaah dan juga memimpin tahlil, solat jamak, pengurusan jenazah, membaca khutbah dan asas-asas solat untuk komuniti Islam di kalangan mereka.

Perasmian penutup program di Institut Latihan Dakwah Negara di sini disempurnakan oleh  Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajudin Suhaimee.

Program ini merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Du’at, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan kerjasama JAKIM.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Du’at, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *