Home » Citra Yadim » SAY Kuala Selangor beri sumbangan warga memerlukan

SAY Kuala Selangor beri sumbangan warga memerlukan

KUALA SELANGOR – Aktif menyantuni pelbagai lapisan komuniti tanpa mengira latar belakang.

Itu kelebihan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) hingga nama mereka mekar di masyarakat.

Program yang dilaksanakan pula tepat kepada golongan sasaran YADIM, lantaran mereka ini sendiri berada di kalangan masyarakat.

Contoh terbaharu ialah yang dilaksanakan SAY Kuala Selangor baru baru ini.

Wanita wanita waja ini menyantuni empat warga Kuala Selangor yang memerlukan pada 10 Disember lalu.

Warga pertama disantuni ialah Zulaiha Daud, seorang
ibu tunggal yang menjual nasi lemak untuk menampung sara hidupnya.

Yang kedua ialah Umi Salamah Mohd Radhi, warga emas yang menjaga suaminya, seorang  pesakit jantung yang kerap keluar masuk hospital.

Turut dibantu ialah Kamariah Dom.
Seorang ibu tunggal warga emas yang kini tidak mampu berjalan, hanya duduk d kerusi roda.

Arbaiyah Suratman pula ialah
seorang suri rumah mengambil upah menjahit baju sebagai sumber pendapatan di samping suami yang tiada pekerjaan.

Sehari sebelumnya, diadakan penyerahan barangan sumbangan keperluan harian dari SAY Kuala Selangor kepada SAY Kuala Selangor diketuai pengerusinya, Asmah Husin.

Sumbangan untuk empat keluarga ini antaranya ialah beras, gula dan tepung.Yang lebih istimewa ialah rendang daging dari YADIM Putrajaya.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *