Home » Citra Yadim » Smart Huffaz 2.0 di Pusat Tahfiz Ibnu Talib

Smart Huffaz 2.0 di Pusat Tahfiz Ibnu Talib

SERKAM – Penghafaz Al Quran, khususnya di kalangan pelajar sekolah sentiasa dekat dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Sesuai dengan itu dan bersempena Bulan Dakwah 2.0 YADIM, Kem Smart Huffaz 2.0 telah dianjurkan oleh Pusat Tahfiz Ibnu Talib, Kampung Pulai di sini dengan kerjasama YADIM Melaka.

Pelbagai pengisian disusun antaranya Taddabur Surah Al-Mulk, Pemantapan Fardhu Ain, Motivasi Keibubapaan yang turut melibatkan ibu bapa, Kuliah Tajwid membaiki bacaan Al Quran, Klinik Teknik Hafazan, Team Building, Riadah Sunnah iaitu berenang dan memanah tradisional, Bengkel Bacaan Manzil dan Imtihan Hafazan serta khidmat bakti gotong royong. 

Objektif program ini melahirkan huffaz Yang mempunyai jati diri dan kepimpinan dalam setiap pengurusan ibadah dan dakwah. 

Antara penceramah yang terlibat adalah Moderator Forum Perdana Hal Ehwal Islam RTM, Ustaz Mohd Hariri Haji Daud dan Pakar Motivasi JMG Consultant Malaysia, Ustaz Mohd Fadly Samin.

Program ini berlangsung selama tujuh hari,  bermula 12 Disember yang dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Rabbani Ismail.

Para peserta terdiri daripada 100 orang pelajar berumur antara 8  hingga 15 tahun. YADIM telah menyumbang bahan bacaan ilmiah terbitan badan dakwah ini. 

Turut hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *