Home » Citra Yadim » YADIM Peduli: 200 kanak kanak Desa KEDA Hujung Ketun selamat ‘diremajakan’

YADIM Peduli: 200 kanak kanak Desa KEDA Hujung Ketun selamat ‘diremajakan’

PENDANG – Cuti sekolah hujung tahun sudah bermula dan bagi kanak kanak, ini juga merupakan musim untuk mereka dikhatankan.

Seringkali disambut dengan gembira kerana ia merupakan peralihan ke zaman remaja, ia lebih meriah jika dilaksanakan secara beramai ramai.

Tidak ketinggalan mengambil peluang ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Disember menyantuni seramai 200 kanak kanak menerusi program YADIM Peduli: Majlis Berkhatan 2021 sempena Bulan Dakwah 2.0.

Para peserta terdiri daripada warga setempat di Kampung Desa KEDA Hujung Ketun di sini. Ia turut mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Program di Dewan Desa Hujung Ketun ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *