Home » Citra Yadim » Misi bantuan SAY Kuala Selangor di SMK Bukit Kuching Tengah

Misi bantuan SAY Kuala Selangor di SMK Bukit Kuching Tengah

JERAM – “Apalah sangat sumbangan yang kami berikan jika dibandingkn dengan kehilangan harta benda dikalangan mangsa”.

“Rezeki dikongsi bersama.Semua yang berlaku menginsafkan kami,”. Demikian komitmen Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor dalam melestari gerakan dakwah di kawasan ini.

Sebanyak 500 bungkus nasi lemak,
roti Gardenia, air mineral, berus dan ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh, pakaian, selimut, telekung, kain batik dan lampin pakai buang disumbangkan untuk mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuching Tengah di sini pada 21 Disember.

Mangsa yg terlibat adalah penduduk di Parit Mahang dan kawasan sekitarnya di sini.

Puan Asmah Husin selaku Pengerusi SAY Kuala Selangor turun padang mengetuai misi ini dibantu sembilan org ahli jawatankuasanya.

Sumbangan yang diterima adalah daripada hasil kutipan dikalangan ahli ahli SAY Kuala Selangor.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang. Semoga semakin murah rezeki kalian.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *