Home » Citra Yadim » Mangsa banjir Kampung Lubuk Jaya disantuni SAY Kuala Selangor

Mangsa banjir Kampung Lubuk Jaya disantuni SAY Kuala Selangor

KUALA SELANGOR – Hanya mangsa saja yang tahu betapa perit dan letihnya membersihkan kediaman selepas banjir.

Pilih apa yang terpaksa dibuang, pilih apa yang boleh diselamatkan, bersihkan perabot, bersihkan lumpur dan pelbagai lagi kerja kerja yang perlu dibuat.

Pendek kata bantuan orang ramai memang diperlukan.

Prihatin dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor telah memulakan inisiatif membantu membersihkan kediaman penduduk yang dilanda banjir di sini.

Pada 27 Disember, diketuai Pengerusinya Puan Asmah Husin serta sembilan ahli,  mereka membersih kediaman Puan
Cumiton Kardi dan Muhd Ishak Mohd Sanof di Kampung Lubuk Jaya di sini.

Air banjir yang naik hingga ke paras pinggang menyebabkan kediaman mereka memerlukan banyak kerja pembersihan.

Bukan itu sahaja, dua orang sukarelawan, Mahathir Mohd Noor dan Abdullah Hussain juga melaksanakan kerja kerja pembaikan peralatan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh.

Pada program ini, sumbangan toto dan bantal juga disampaikan bagi meringankan beban mangsa.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *