Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat santuni mangsa banjir Labohan Dagang

SAY Kuala Langat santuni mangsa banjir Labohan Dagang

LABOHAN DAGANG – “Tiada apa dapat diselamatkan,”. Sebaris ayat daripada mangsa banjir ini mengungkapkan betapa dahsyat bencana yang melanda kawasan ini.

Berusaha membantu, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat turun padang membantu dengan menghulurkan sedikit sumbangan.

Tidaklah seberapa nilai sumbangan berkenaan, pasti tidak dapat dbanding dengan kerugian yang ditanggung mangsa mangsa, namun Alhamdulillah, mereka jelas gembira menerimanya.

Ada yang menitiskan air mata tatkala sumbangan disampaikan, jelas ia begitu dihargai mereka.

Seramai  15 keluarga di sini dan Bukit Changgang menerima sumbangan daripada SAY Kuala Langat pada 26 Disember yang diketuai oleh Pengerusinya, Hasmawi Mahidin dan turut disertai ahli jawatankuasanya.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *