Home » Citra Yadim » SAY Kedah turun Bentong

SAY Kedah turun Bentong

BENTONG – Prihatin dengan musibah banjir yang melanda Pahang baru-baru ini, pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kedah telah hadir ke daerah ini pada 2 Januari untuk membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang terjejas.

Seramai 30 ahli SAY Kedah disertai rakan badan bukan kerajaan Khidmat Malaysia dari Kuala Kedah menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong yang telah ditenggelami air setinggi 3 meter sebagai lokasi mereka berbakti.

Hadir bersama Pasukan Sukarelawan ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Ustaz  Mohamad Ismail dan Pengerusi SAY Jerai, Ustaz Md Shukri Sawai.

Turut terlibat dalam kerja kerja gotong-royong di daerah ini ialah Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah, Ustaz Dr. Ahmad Fakharuddin Syeikh Fakrurazi dan rombongan sukarelawan dari kawasan Kuala Kedah.

Ketibaan mereka di sini disambut dan diberi taklimat oleh Timbalan Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Ustaz Roslan Md Esa.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *