Home » Citra Yadim » Hari kedua misi ke Bentong: Santuni dan jadi pendengar kisah banjir penduduk

Hari kedua misi ke Bentong: Santuni dan jadi pendengar kisah banjir penduduk

BENTONG – “Laju air masuk rumah malam tu, tak sempat nak angkat apa-apa, kami semua naik tingkat atas,”.

“Tunggu petang barulah bot sampai, tak sangka air tinggi sampai tahap ini,”.

“Air naik sampai lantai tingkat 2, kami hanya mampu dengar satu demi satu barang barang jatuh,”. 

Itulah antara kisah benar yang dikongsikan kepada Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria oleh Cikgu Mariani dan anaknya yang tinggal di Kampung Chegar Medang,di sini semasa pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kedah hadir membersihkan kediaman mereka pada 3 Januari.

Cikgu Mariani merupakan antara ribuan penduduk di sini yang menjadi tragedi banjir baru baru ini.

Hari kedua hari ini (3 Januari) pasukan SAY Kedah membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di daerah Bentong, banyak kisah dan cerita yang dikongsikan, semuanya menjadi pengajaran berguna.

Ada kala dari satu sudut, menjadi pendengar yang baik kisah kisah banjir yang diluahkan mangsa juga sebenarnya menyantuni mereka.

Pasukan Sukarelawan YADIM Kedah juga membantu membersihkan Maahad Tahfiz Dar Abrar di sini yang terlibat dengan banjir dan menjadi pusat bantuan bencana. 

Pengarah YADIM Kedah turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan orang ramai kepada Mudir Maahad Tahfiz Al Abrar dan Pengarah YADIM Pahang Ust Hazmi Dibok yang turut hadir ke program ini.

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *