Home » Citra Yadim » YADIM, CIMB kerjasama buka dua lagi Dapur Rakyat di Pahang.

YADIM, CIMB kerjasama buka dua lagi Dapur Rakyat di Pahang.

PEKAN – Selepas di Rompin, satu lagi Dapur Rakyat Negeri Pahang dibuka di sini bagi menyantuni penduduk yang masih menjadi bencana banjir pada 11 Januari.

Dapur Rakyat anjuran YADIM Pahang dengan dibiayai oleh CIMB Islamik Bank Berhad (CIMB) ini menyediakan 100 pek makanan untuk mangsa yang kini berlindung di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Temai di sini.

Inisiatif memasak dan mengagihkan makanan dilaksanakan oleh YADIM Pahang bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Pekan diketuai Pengerusinya, Normah Abdul Jalal. Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohd Hazmi Dibok juga turun padang membantu penyediaan makanan.

Tinjauan YADIM di lokasi mendapati, PPS Sekolah Kebangsaan Temai juga dinaiki air, namun ia tidak menghalang petugas badan dakwah ini yang tetap menyampaikan sumbangan kepada penduduk.

Terdahulu, Dapur Rakyat anjuran YADIM dengan pembiayaan CIMB dibuka untuk bantu mangsa banjir di Muadzam Shah Pahang pada 10 Januari.

YADIM Negeri Pahang menerusi SAY Rompin dengan kerjasama badan bukan kerajaan  Uni10care yang dianggotai oleh warga kerja Universiti Tenaga Nasional kampus Muadzam Shah dan Jabatan Amal Malaysia  Rompin telah bekerjasama menyedia dan mengagihkan sebanyak 150 pek hidangan makanan kepada warga penduduk Kampung Bukit Serok yang masih terjejas akibat banjir.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *