Home » Citra Yadim » Sumbangan limau di Kota Bharu dan Machang sempena Tahun Baru Cina

Sumbangan limau di Kota Bharu dan Machang sempena Tahun Baru Cina

MACHANG –  Inisiatif menyantuni komuniti Cina sempena Tahun Baru Cina diteruskan oleh YADIM Kelantan di jajahan Kota Bharu dan Machang pada 24 Januari. Program bermula dengan menyantuni seramai 20 keluarga Cina di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu.

Seterusnya rombongan bergerak ke Jajahan Machang untuk menyantuni 20 keluarga Cina di Kampung Mata Air dan Kampung Chekok Machang. Selain pek buah limau, mereka yang disantuni juga menerima risalah berkenaan agama Islam dalam bahasa Cina.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Hadir sama ialah Ketua Sukarelawan YADIM (SAY) Kota Bharu, Ustaz Raja Mohd Hakkam Omar, Penolong Setiausaha Kanan Pejabat Sekreteriat Muafakat Komuniti PPR Kota Bharu Puan, Nor Ilyani Inche Kamarudin, Ketua SAY Machang, Khairul Khalid dan wakil Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong.

Usaha turun padang menyantuni golongan bukan Muslim ini selaras dengan hasrat YADIM yang mahu bersama dengan semua lapisan masyarakat di negara ini.

Malah badan dakwah ini tidak pernah membezakan latar belakang peserta atau masyarakat dalam sebarang program anjurannya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *