Home » Citra Yadim » 48 tahun YADIM di dunia dakwah

48 tahun YADIM di dunia dakwah

BANGI – Agensi dakwah negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menyambut ulang tahun ke 48 dalam suasana serba sederhana hari ini (25 Januari), namun dengan penuh ingatan bahawa perjuangan dakwahnya masih jauh.

Dalam Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersama mantan mantan Yang Dipertua, kakitangan dan pengurusan tertingginya, YADIM mengenang kembali sejarah penubuhan dan pada masa yang sama, menanam azam untuk terus melestari gerakan dakwah pada masa hadapan.

Majlis ini disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Haji Idris bin Haji Ahmad yang menegaskan, YADIM sebagai sebuah agensi agama yang terawal di negara ini perlu menekankan soal penyatuan ummah dan hubungan harmoni antara kalangan penganut Islam dan warga bukan Islam yang mesti dijadikan sandaran.

“Saya mengharapkan agar YADIM lebih memberi penekanan kepada isu-isu berkaitan dakwah yang sedang dihadapi oleh umat Islam kini dalam negara kita,”.

“Bertepatan dengan hasrat kerajaan mengembangkan dakwah ke seluruh negara, YADIM perlu menekankan pendekatan yang penuh hikmah serta berlandaskan kematangan sebuah keluarga Malaysia yang besar perlu diperkasakan,”. 

“Di sinilah peranan YADIM dalam melahirkan para daie dari kalangan anak muda yang mempunyai visi dan misi yang jelas bagi mencapai tujuan dakwah ke arah kesejahteraan ummah,”ujar beliau.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan pula dalam ucapannya berkata dalam usia 48 tahun, badan dakwah ini boleh dikatakan sebuah agensi yang mempunyai banyak pengalaman.

“Namun YADIM tidak akan berpuashati, sebaliknya dengan bimbingan orang orang lama, insyaAllah akan terus berusaha di jalan dakwah,”tegasnya.

Majlis ini juga diisi dengan penyampaian sumbangan kepada beberapa institusi tahfiz serta kakitangan YADIM yang setia berkhidmat lebih 30 tahun bersama badan dakwah ini.

Turut diadakan ialah sesi tazkirah mengenai perjuangan dakwah, solat Maghrib dan hajat berjemaah dan deklamasi sajak.

Mantan mantan Yang Dipertua YADIM yang hadir ialah Dato’ Dusuki Ahmad, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, Mejar Jeneral (B) Dato’Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir dan Dr Yusri Mohamad.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *