Home » Citra Yadim » Sumbangan beg sekolah untuk keluarga AJK SAY Kuala Langat

Sumbangan beg sekolah untuk keluarga AJK SAY Kuala Langat

Wakil Sukarewalan YADIM Hulu Langat dalam penyampaian beg sekolah kepada wakil penduduk Kebun Baru. - Foto YADIM
KEBUN BHARU – Begitu proaktif turun padang menyantuni warga yang memerlukan, namun pada masa yang sama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak melupakan kebajikan ahli ahlinya.
Pada 20 Februari, SAY Kuala Langat menyampaikan sejumlah 15 buah beg sekolah kepada ahlinya yang mempunyai anak ataupun cucu yang masih bersekolah.
Beg sumbangan YADIM ini adalah persiapan untuk sesi persekolahan baharu yang akan bermula hujung bulan Mac nanti.
Program di kediaman Setiausaha SAY Kuala Langat, Puan Hanizah Sumiri ini diadakan selepas pasukan ini mengadakan mesyuarat bagi membincangkan gerak kerja tahun ini.
Pelbagai program telah diatur bagi merancakkan aktiviti pasukan SAY Kuala Langat yang dipengerusikan Hasmawi Mahidin sepanjang tahun ini.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *