Home » Citra Yadim » Khatam Al Quran Muslimat SAY Kuala Langat

Khatam Al Quran Muslimat SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi daripada menganjurkan  aktiviti Ramadan ini.

Terbaharu anggota muslimat pasukan itu bersama Muslimat Surau Haji Mansur di sini telah mengadakan program Khatam Al Quran yang bertempat di Surau Haji Mansur.

Program ini dihadiri oleh Ustaz Khusnaini bin Mongin, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Surau Haji Mansur,

Hadir sama ialah Pengerusi SAY Kuala Langat Hasmawi Mahidin dan Pengerusi Surau Haji Mansur, Ahmad Yusri Ahmad

Muslimat wanita SAY Kuala Langat diwakili oleh Zaleha Mokhtarom sementara Muslimat Surau Haji Mansur diwakili oleh Hajah Sitinah Hj Mansur selain ahli jemaah wanita surau berkenaan.

Program ini dijalankan selepas tamatnya program tadarus Al Quran yang telah pun bermula awal Ramadan.

Sedikit cenderahati telah disampaikan oleh Ustaz Khusnaini Mongin kepada 35 peserta tadarus.

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *