Kembara bermotosikal sambil menyantuni yang memerlukan

SIJANGKANG – Sambutan kemerdekaan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada tahun ini menyaksikan mereka mengadakan acara kembara bermotosikal sambil menyantuni golongan yang memerlukan di sini. Diadakan dengan kerjasama Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) di sini, acara ambang merdeka dimulakan dengan bacaan selawat dan munajat yang diadakan di ruang legar rumah tersebut pada 30 […]

SAY santuni pesakit kanser usus

SIJANGKANG – Seorang penduduk kampung di sini yang mengidap kanser usus telah disantuni Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 2 Jun. Ashari Ejab yang juga merupakan ahli pasukan SAY Kuala Langat diziarahi Pengerusinya, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Roslan Yaakob serta beberapa ahlinya yang menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai. Turut menyertai SAY Kuala Langat menyantuni […]

Khatam Al Quran Muslimat SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi daripada menganjurkan  aktiviti Ramadan ini. Terbaharu anggota muslimat pasukan itu bersama Muslimat Surau Haji Mansur di sini telah mengadakan program Khatam Al Quran yang bertempat di Surau Haji Mansur. Program ini dihadiri oleh Ustaz Khusnaini bin Mongin, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM yang juga […]

Agihan Bubur Lambuk dan juadah berbuka puasa SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Seramai 30 keluarga yang memerlukan menerima sumbangan Bubur Lambuk dan juadah berbuka puasa oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 9 April. Mereka terdiri daripada keluarga anak-anak yatim,ibu tunggal dan warga emas di sekitar kawasan ini. Turun padang melaksanakan agihan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin serta ahli jawatankuasanya, Malik Zin, Wahab […]

Agihan Bubur Asyura SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sempena sambutan Israk Mikraj, Sukarelawan YADIM Kuala Langat dengan kerjasama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang telah mengadakan program memasak Bubur Asyura secara bergotong royong. Program pada 1Mac di perkarangan asrama anak yatim berkenaan, diadakan bermula jam 9 pagi. SAY Kuala Langat diwakili oleh Pengerusinya Hasmawi Mahidin serta ahli jawatankuasanya Abd Malik Zin dan […]

Agihan SAY Kuala Langat setiap Jumaat

KEBUN BHARU – Setiap Jumaat Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah lupa untuk mengagihkan pek makanan siap dimasak kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta warga emas. Inisiatif terbaharu agihan dilaksanakan pada 21 Januari di kampung ini  dan Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang. Seramai 20 buah keluarga telah disantuni […]

Beg sekolah untuk anak anak yatim dari BKB YADIM

Beg sekolah untuk anak anak yatim dari BKB YADIM SIJANGKANG – Melihat wajah anak anak yatim ini yang jelas ceria saat menerima sumbangan, memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan. Meskipun sekadar beg sekolah, namun ia amat berharga untuk mereka. Pada 20 Januari, seramai 30 pelajar di Asrama Pertubuhan Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang di […]

Sumbangan SAY untuk anak yatim, warga memerlukan di Sijangkang dan Kebun Bharu

SIJANGKANG – Menyantuni mereka yang memerlukan amat dianjurkan Islam, lebih lebih lagi kepada anak anak yatim. Meskipun sekadar barangan dapur, telur dan air mineral, ia tetap membawa keceriaan kepada penerimanya. Sumbangan kepada Pertubuhan Rumah Anak – Anak yatim Sijangkang yang diusahakan sendiri oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat ini disampaikan pada 17 Januari dan diterima […]

Orang Asli mangsa banjir terima sumbangan SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – Komuniti Orang Asli di sini, juga ditimpa musibah banjir pada hujung tahun lalu yang turut menjejaskan kehidupan mereka. Sebagai sebuah badan yang cakna dengan situasi semasa, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 9 Januari menziarahi masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Judah di sini dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian, sedikit wang […]

Bantuan banjir SAY Kuala Langat di Sijangkang

SIJANGKANG – Konsisten bergerak menyantuni masyarakat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 20 Disember meneruskan misi menyantuni mangsa banjir di sini. Meskipun banjir semakin surut, masih terdapat penduduk yang kediaman mereka masih dinaiki air. Mereka inilah yang disantuni SAY Kuala Langat. Seramai 15 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian. Selain di Sijangkang, […]