Home » Citra Yadim » Penerangan bahaya ideologi pemikiran

Penerangan bahaya ideologi pemikiran

TELUK INTAN – Ancaman serangan pemikiran semasa sangat berbahaya terhadap kesucian Islam.

Menyedari ancaman ini, YADIM Perak telah menganjurkan program penerangan kepada masyarakat tentang bahaya ideologi pemikiran semasa ini di Masjid al-Maidah, Taman Melor, di sini pada 5 Jun..

Program yang dijalankan selepas solat maghrib telah disampaikan pembentangannya oleh Pensyarah Jabatan Usuluddin, Universiti Sultan Azlan Shah, Ustaz Suhaimi Abdul Wafir.

Subjek ancaman pemikiran ini merupakan silibus wajib dalam pengajian di masjid dan surau seluruh Perak. YADIM Perak telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program penerangan ini secara berkala di seluruh negeri Perak.

Badan dakwah ini diwakili oleh Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *