Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat, Kelab Bola Jaring Sijangkang rancang kerjasama santuni masyarakat

SAY Kuala Langat, Kelab Bola Jaring Sijangkang rancang kerjasama santuni masyarakat

KEBUN BHARU – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 19 Jun telah menerima kunjungan Kelab Bola Jaring Dewan Undangan Negeri Sijangkang yang diketuai oleh Cik Norazizah Fadli.

Dalam pertemuan ini, kelab tersebut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan SAY Kuala Langat dalam program program menyantuni masyarakat khususnya di daerah ini.

Tertarik dengan usaha proaktif SAY Kuala Langat yang konsisten bersama masyarakat yang memerlukan, kelab tersebut menyatakan hasrat dan komitmen untuk kedua pertubuhan ini sama sama turun padang kelak untuk bersama masyarakat.

Sebelum ini, SAY Kuala Langat telah bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti usahawan makanan sunnah, pengusaha sayuran dan pemilik restoran untuk menyantuni rakyat.

Ahli ahli kelab bola jarring ini kemudiannya dibawa ke Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang untuk program bersama penghuni rumah perlindungan ini.

Dalam program ringkas tersebut, para penghuni rumah berkenaan telah menerima sedikit sumbangan wang tunai bagi menceriakan mereka.

Pada hari yang sama juga, SAY Kuala Langat menziarahi seorang ahlinya,  Yusof Kasim yang kini uzur akibat masalah sendi dan menderita penyakit kulit di sini.

Kunjungan ini dihadiri oleh Pengerusinya Hasmawi Mahidin, Setiausaha Kerja,  Hanizah Sumiri, serta ahli jawatankuasanya, Rasid Yusof, Zaleha Mokhtarom, Toyimah Siron, Jumanah Surip, Saniah Konchong, Norhayati Dukeeran dan Rahim Badar.

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *