Home » Citra Yadim » Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL)  di SK Kubang Golok

Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL)  di SK Kubang Golok

BACHOK – Selepas Jajahan Kuala Krai dan Jeli, YADIM Kelantan telah menganjurkan Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) Siri 3 di sini pada 6 Julai.

Diadakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Golok, program ini bertujuan melahirkan anak-anak yang memahami akidah, ibadah dan akhlak.

REPSOL juga berhasrat melahirkan anak-anak yang menghormati dan menyayangi ibu bapa dan guru.

Program di SKKubang Golok ini menerima penyertaan 100 peserta dari kalangan pelajar tahun 5 dan 6.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Turut hadir Pengerusi PIBG SK Kubang Golok Cikgu Mohd Akmalrudi  Mat Yusof  dan Guru Penolong Kanan  Cikgu Hashim Dollah.

Program telah dikendalikan oleh pakar motivasi dari Protazz Legacy, Ustaz Muhammad Syakirin Yuslan.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *