Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah Agensi IPK Kedah

Bicara Dakwah Agensi IPK Kedah

ALOR SETAR – Program Bicara Dakwah Agensi anjuran bersama Bahagian Agama, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah diadakan di Kompleks Latihan Anak Bukit di sini pada 18 Julai.

Seramai 100 peserta terdiri daripada anggota polis dan kakitangan awam IPK Kedah telah hadir ke program ini.

Ucapan aluan dalam program ini disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria manakala perasmian pula oleh Timbalan Ketua JIPS, Deputi Supritendan Tuan Md. Azman Kadir.

Pengisian program pula disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Rosmanizam Rosdi, panel penceramah YADIM Kedah

Program dilaksanakan melalui dua pengisian slot ceramah bertujuan memberi pendedahan berkaitan solat sebagai pencegah kemungkaran dan membentuk integriti diri.

Ia adalah sebagai asas dalam membudayakan dan memupuk nilai nilai intergriti dalam kalangan penjawat awam di negeri ini.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk membentuk pemikiran positif dan meningkatkan komitmen penjawat awam tentang aspek pembudayaan intergriti dalam organisasi bagi meningkatkan nilai kerja cemerlang.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *