Home » Citra Yadim » Gandingan SAY Kuala Langat, Kuala Selangor santuni masyarakat

Gandingan SAY Kuala Langat, Kuala Selangor santuni masyarakat

SUNGAI BURUNG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat dan SAY Kuala Selangor baru baru ini berganding bahu menyantuni 10 keluarga yang memerlukan di sini.

Sumbangan barangan keperluan harian daripada SAY Kuala Langat itu adalah untuk kegunaan khidmat masyarakat di kawasan ini.

Kedatangan SAY Kuala Langat diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin ke program mesra Aidiladha itu disambut Pengerusi SAY Kuala Selangor, Asmah Husin.

Bukan sekadar meraikan, dua pasukan SAY ini turut mengadakan perbincangan program yang bakal diadakan selepas ini.

Kedua pasukan ini juga bersama sama menziarahi kediaman ahli SAY Kuala Selangor, Puan Safiah Saari yang mengidap kencing manis dan menyampaikan sumbangan barangan dapur serta wang tunai untuk meringankan beban yang ditanggung.

Kedua pasukan ini akan terus berganding melaksanakan program program membawa manfaat untuk masyarakat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *