Home » Citra Yadim » Roh Al-Quran Mekar di Melaka

Roh Al-Quran Mekar di Melaka

ALOR GAJAH – Bersempena Program Ekspresi Bakat Peringkat Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah di sini, pelbagai pertandingan telah diaturkan antaranya pantun, cabaran “upcycling”, “fitness challenge” serta “speeling bee”.

Mengambil semangat dakwah Islamiah, YADIM Melaka telah bersama menganjurkan pertandingan hafazan Al Quran di kalangan penuntut insittusi tersebut pada 26 Julai.

Seramai 14 orang penuntut telah sertai pertandingan hafazan ini terdiri daripada 9 orang penuntut wanita dan 5 orang penuntut lelaki.

Ketua Juri bagi pertandingan ini adalah Daie Muda YADIM Am Iskandar Masnan dan dibantu oleh tiga orang juri dalaman.

Secara keseluruhannya para peserta telah berjaya menjiwai roh kepentingan membaca dan menghafaz Al Quran.

Keputusan pemenang ke semua pertandingan akan diumumkan pada Majlis khas dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *