Home » Citra Yadim » Demonstrasi masakan, buskeerah bersama YADIM

Demonstrasi masakan, buskeerah bersama YADIM

KUALA LUMPUR – Sebagai sebuah badan dakwah, YADIM akan terus mempelbagaikan aktiviti dan kaedah untuk mencapai objektifnya dalam melestari gerakan dakwah.
Ia termasuklah bekerjasama dengan pihak pihak lain dan menggunakan pelbagai platform bagi tujuan itu.

YADIM telah terlibat dengan Karnival Ummah Bestari yang kini sedang berlangsung di Kompleks Pertama di sini. Pelbagai pengisian dakwah seperti sesi bual bicara telah diadakan badan dakwah ini.

Pengisian terbaharu ialah sesi tazkirah oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya serta persembahan Buskeerah kumpulan MyYadim pada 27 Julai.

Lebih menarik apabila pasukan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam telah hadir dan mengadakan demonstrasi masakan untuk pengunjung karnival ini. Tahniah SAY Sabak Bernam. Demonstrasi ini juga disertai SAY Bandar Tun Razak.

Dua menu telah disediakan mereka iaitu Salad Semanis Kurma Saber (Sabak Bernam) dan Kek Carrot Saber.

YADIM akan terus terlibat dengan karnival ini hingga 31 Julai nanti dengan pelbagai pengisian lagi seperti sesi busking dan slot bersama Daie YADIM.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *