Home » Citra Yadim » Program Kebitaraan Mahasiswa Islam (KAMI) 2.0

Program Kebitaraan Mahasiswa Islam (KAMI) 2.0

KUCHING – Dengan objektif melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai idealisme Islam dalam diri, Program Kebitaraan Mahasiswa Islam (KAMI) 2.0 telah berlangsung di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) pada 27 Ogos.

Seramai 75 peserta dari kalangan pelajar semester 1 IKMAS menyertai program ini.

Ia dirasmikan oleh Pengarah Bahagian KEMUDA YADIM, Encik Shahrizal Mat dan diiringi oleh Encik Abuza Zaifarrudin, Pegawai YADIM Sarawak, Ustaz Dahlan Daut selaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar IKMAS serta Saudara Muhd Bahrin Al-Bahri yang merupakan Pengerusi Rakan Siswa YADIM Sarawak.

Antara pengisian program ini adalah Ice Breaking, Pencakar Langit, TownHall Daie, Satu Matlamat serta Projek Dakwah.

Semoga program sebegini diteruskan lagi bagi menerapkan nilai dakwah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Bumi Kenyalang.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *