Home » Citra Yadim » Edaran Bubur Asyura Masjid Saidina Bilal Ar Rabah

Edaran Bubur Asyura Masjid Saidina Bilal Ar Rabah

SUNGAI PETANI – Sempena akhir bulan Muharam YADIM Kedah telah mengadakan program memasak Bubur Asyura dan dakwah jalanan (Street Dakwah) pada 28 Ogos 2022 di sini.

Program YADIM Peduli & Street Dakwah ini bertempat di Masjid Saidina Bilal Ar Rabah selain acara edaran bendera Malaysia dan stiker Jom ke Masjid kepada penduduk di tiga mukim di kawasan itu.

Program ini mendapat sambutan yang baik para penduduk kawasan yang turut serta dalam acara mengacau Bubur Asyura selain turut dihadiri oleh semua kakitangan YADIM Kedah, Rakan Siswa YADIM dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan ahli Briged Bakti Al Ansar Masjid Saidina Bilal Ar Rabah.

Pengerusi masjid merangkap Imam masjid iaitu Ustaz Abdul Hafiz Zahari sendiri terlibat dalam mengedar sebanyak 350 pek daripada 4 periuk yang dimasak, diiringi wakil YADIM iaitu Mohd Irfan Shaffik bin Idris.

Program ini merupakan anjuran bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pengkalan Lebai Man, Briged Bakti Al Ansar, Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pengkalan Lebai Man dan Rakan Siswa YADIM dari UniSHAMS.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *