Home » Langit Terbuka » BEKAS IMAM MASJIDIL HARAM DIPENJARA 10 TAHUN

BEKAS IMAM MASJIDIL HARAM DIPENJARA 10 TAHUN

Bekas Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Mohammed al Talib. -Foto Arkib

RIYADH – Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Mohammed al Talib.

 

Hukuman ke atas Sheikh Saleh dikekalkan selepas Mahkamah Rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan beliau sebelum ini, kata Democracy for The Arab World Now (Dawn).

 

Sheikh Saleh ditahan pada 2018 selepas beliau menyampaikan khutbah mengkritik pihak berkuasa hiburan di Arab Saudi.

 

Beliau mengecam penganjuran konsert dan acara keramaian yang menyimpang daripada ajaran agama dan budaya Arab Saudi.

 

Dawn mendedahkan Sheikh Saleh ditahan tanpa sebarang alasan selepas menyampaikan khutbah tersebut, empat tahun lalu. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *