Home » Citra Yadim » Kem Citra Ibadah Perdana Rakan Belia YADIM

Kem Citra Ibadah Perdana Rakan Belia YADIM

MARAN – Seramai 100 pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) berhimpun di Kem Wawasan Negara di sini pada 14 hingga 16 Oktober bagi menjalani Kem Citra Ibadah Perdana Rakan Belia YADIM.

Program dengan kerjasama antara Unit Belia Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan ini menghimpunkan pelatih dari 19 ILKBS di Semenanjung Malaysia.

Bertujuan menanamkan jati diri, mencungkil kepimpinan dan semangat berpasukan menurut acuan Islam, para peserta yang terdiri daripada ahli Rakan Belia YADIM diberikan pelbagai pengisian seperti Qiamulail, solat berjemaah, bengkel bacaan dalam solat, bersuci dan pengurusan jenazah.

Sesi penutup pada 16 Oktober dihariri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Khalid Mohd Yosoff dan Pengarah Bahagian KEMUDA, Encik Shahrizal Mat.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian KEMUDA, Nurul Ashikin Zakaria.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *