Home » Citra Yadim » Kem Ibadah SAY Kuala Langat

Kem Ibadah SAY Kuala Langat

BANTING – Program Kem Ibadah anjuran Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat telah diadakan di Kem Baitun Nur, Sungai Buaya di sini pada 29 hingga 30 Oktober lalu.

Program dua hari satu malam ini merupakan kerjasama dengan Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) selain turut disertai oleh SAY Rawang.

Seramai 40 orang anak yatim mengikuti program ini yang tujuan utamanya ialah untuk membentuk anak-anak yatim ini ke arah menjadi pelajar yang cemerlang serta menjadi anak yang soleh serta solehah.

Antara pengisiannya termasuklah qiamulail, tazkirah,kuliah subuh, ujian minda dan senaman kecergasan.

Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Roslan Yaacob, Ab Malik Zain, Zaleha Mokhtaram, Salina Abas, Siti Farjiah Rahmat, Saniah Kochong,Halimah Sadli dan Toyimah Siron.

SAY Batu 16 rawang pula diwakili oleh Hajah Hayopi Ghazali serta ahli jawatankuasa beliau. Hadir sama ialah Pengerusi RAYAS, Haji Asrin Ishak dan Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Khusnani Mongin.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *