Home » Citra Yadim » SAY Sabak Bernam jalani kursus dakwah

SAY Sabak Bernam jalani kursus dakwah

SABAK BERNAM – Menyahut seruan melestari gerakan dakwah dan sebagai mendalami pelbagai bentuk ilmu dan kemahiran, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam baru baru ini telah menyertai Program Inspirasi Dakwah Fasa 1 (Perkadaran Dakwah dan Mosque Tour).

Program berbentuk kursus ini diadakan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) di sini mempunyai objektif melahirkan kesedaran tentang kepelbagaian aspek dalam penyebaran dakwah yang berkesan dan memastikan setiap elemen yang disampaikan dapat difahami dan dipratikkan dalam dakwah setiap peserta.

Menerusi kursus ini nanti, adalah diharapkan para pesertanya mempunyai kemahiran untuk berdakwah kepada pelawat masjid, terutamanya yang bukan Muslim di daerah Sabak Bernam.

Ia dihadiri oleh Pengerusi SAY Sabak Bernam, Puan Hasnah Johari bersama Jalilah Selamat, Nur Fatimah Jee, Rashidah Ali, Ustazah Kaminur , Ustazah Zairita dan Encik Hamdan.

Pada hari pertama kursus, peserta didedahkan dengan konsep dan kemahiran dakwah interaktif. Mereka turut diberi pengisian tentang kualiti daie sebenar di lapangan.

Hari dua pula para pelatih menjalani latihan praktikal di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor oleh jurulatih  terlatih daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Menurut Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam yang merupakan penganjur, program ini akan diteruskan ke siri 2 dan siri 3 pada tahun hadapan.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *