Home » Citra Yadim » Sambutan Tahun Baharu Cina Canaan Community House

Sambutan Tahun Baharu Cina Canaan Community House

NIBONG TEBAL – Usaha dakwah tanpa mengira latar belakang sentiasa menjadi keutamaan YADIM.

Sesuai dengan semangat tersebut,  YADIM Pulau Pinang pada 20 Januari telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bagi bertujuan mengeratkan hubungan sesama kaum khususnya di negeri tersebut.

Seramai 60 orang peserta dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Selatan hadir ke program ini yang diadakan di Canaan Community House Seberang Perai Selatan, sebuah pusat perlindungan dan jagaan orang tua di sini.

Peserta yang hadir bersama bergotong – royong membersihkan persekitaran kawasan rumah tersebut bagi menceriakan suasana sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Seramai 30 orang penghuni dikalangan warga emas menerima sumbangan pek barangan dan buah limau.

Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Afifi Ruslan hadir mewakili badan dakwah ini.

Turut sama ialah Pengerusi Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Ustaz Mohd  Sya’bani Awang.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *