Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif : Masih Ada Yang Sayang

YADIM Interaktif : Masih Ada Yang Sayang

BACHOK – Tidak melupakan klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), YADIM Kelantan terus menyantuni mereka menerusi pelbagai pendekatan.
Siri terbaharu menyantuni golongan ini diadakan pada 31 Julai di Bachok. Istimewa kali ini, menerusi program YADIM Interaktif : Masih Ada Yang Sayang, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus juga turut hadir bersama.
Pantai Irama Bachok dipilih bagi memberi kelainan dalam program kali ini.
Seramai 50 klien hadir dalam program ini yang antara lain bertujuan memberi pengisian kerohanian kepada mereka.
Dalam tausiahnya, Datuk Hasanuddin mengajak mereka istiqamah kembali kepadaNya dan mengukuhkan akidah masing masing.
Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan Pengarah AADK Kelantan, Puan Rohayu Ahmad.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *